Pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni
- Sultan Sulaiman Al-Qanuni merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematiannya pada tahun 1566.
- Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang (di dalam bahasa Turki Kanuni; Bahasa Arab: القانونى, al‐Qānūnī),sebagai jasanya di dalam memodenkan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah.
- Sultan Sulaiman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16, mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah.
- Sultan Sulaiman sendiri telah memimpin tentera Uthmaniyah untuk menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakannya diHungary sebelum penaklukannya dipatahkan di dalam Perang Vienna pada tahun 1529.
- Semasa pemerintahannya, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah menguasai kawasan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi.
- Sultan Sulaiman telah memecahkan tradisi kerajaan Uthmaniyah dengan mengahwini Roxelana, iaitu seorang gadis Eropah.
- Putera mereka iaitu Selim II menggantikanya berikutan kematiannya pada tahun 1566 selepas memerintah selama 46 tahun.
Seterusnya, Ustaz Amri Nasrun menyampaikan sedikit kata-kata hikmah :-
- Segala sesuatu yang kita perolehi itu,hendaklah disumbangkan ke arah agama.
- Segala kekayaan,kebijaksanaan,kemewahan dan kekuasaan hendaklah dikhidmatkan ke jalan Allah S.W.T.
- Punyai kekuatan itu hendaklah dikerahkan tenaga itu ke jalan Allah.
- Mengamalkan agama Islam itu dengan sebenar-benarnya.
- Kuasa yang kita ada,kalau tidak dimanfaatkan ke jalan Allah, kita akan menjadi pengikut syaitan yang setia.
- Tinju itu haram hukumnya.
- Kerana memudaratkan diri dan orang lain.
- Juga kerana merubah kewanitaan yang sedia ada.
- Hukumnya dilaknat oleh Allah S.W.T
- Wanita itu digalakkan berdakwah di jalan Allah,InsyaAllah syurga menanti bagi golongan wanita yang berdakwah di jalan Allah.
- Wanita yang baik ialah wanita yang menutup auratnya dengan sempurna.
Seterusnya, Ustaz menyambung kembali tazkirahnya mengenai Sultan Sulaiman.
- Sultan Sulaiman ini mempunyai Ilmu Ulum (Sains), Ilmu Tariq (Sejarah) dan Ilmu Sastera.
- Ayahnya meninggal dunia sewaktu umurnya 25 tahun.
- Banyak panglima-panglima tentera yang lama sewaktu pimpinan ayahnya, berasa tidak puas hati kerana umur Sultan Sulaiman yang muda telah menjadi pemimpin.
- Sultan Sulaiman telah memerintah selama 46 tahun.
- Sultan Sulaiman ini lemah lembut dalam pertuturannya digelar 'Rajulun Ijhtima'ie'
- Beliau juga amat menjaga kesucian Islam, sehinggakan penganut agama Kristian takut untuk membunyikan loceng gereja mereka.
- Sewaktu Sultan Sulaiman bermur 17 tahun, beliau telah menguasai 4 bahasa.Iaitu, bahasa Turki,Arab,Parsi dan Serbia.
- Sewaktu pemerintahannya,beliau telah menakluki benua Eropah.
- Setelah menguasai benua Eropah, beliau seterusnya membuka benua Afrika pada waktu itu terkenal dengan nama Sa'il Aj atau sekarang dikenali sebagai Senegal.
- Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal dunia dalam pertempuran.
- Beliau merupakan seorang Sultan yang amat zuhud.
- Akhirnya, pemerintahan beliau disambung oleh anaknya dari isterinya yang berbangsa Eropah.

No comments:
Post a Comment