Kerana Ku Punya Hati dan Cinta
E'eh, mesti semua pelik kan pasal tajuk atas nieh.. Hehe. Jangan risau.. Saya akan kupaskan tajuk nieh dengan lebih detail. Semua manusia dikurniakan hati oleh Allah S.W.T. Tetapi, sejauh manakah kita telah menjaga hati kita dan orang lain.. Mesti semua fikir kan apa yang saya maksudkan. Maksudnyer disini, bukan hanya hati kita yang perlu dijaga.. Tetapi hati orang lain juga...Saya lebih suka memetik kata-kata dari seorang sahabat saya yang akan berangkat ke Riau selepas Hari Raya Aidilfiti nieh.. Kata-katanya amat jelas iaitu 'Kerana dakwah terbaik adalah yang memenangi hati, bukan mengguris hati'. Nampak tak? Pentingnya menjaga hati orang lain untuk menyampaikan dakwah.. Kalau la kita nak mengajak seseorang itu kearah kebaikan.. Takkan la kita nak cakap 'ko nieh malas buat ibadah sunat,ko ingat pahala ko tueh dh bnyak ker?'.. Kalau keluar ayat camtueh,konfem2 la orang tueh lagi taknak buat.. Be matured guys.. Memangla orang cakap tak semua perkara yang kita buat orang suka dan tak semua perkara orang lain buat kita suka.. But, we have our ways... Selain tueh, bila sebut bab hati nieh.. Ramai akan cakap,'suka hati saya lah'.. Kesian kan? Hati tueh tak tawu apa pun yang kita buat.. Hehe.. Hati juga kita gunakan untuk mencintai. Jap2,jeng jeng saspens kan.. Hehe..Bila sebut pasal cinta,kita as human,tak lari dari 3 Cinta nieh. Cinta yang pertama ialah, cinta kita terhadap Pencipta kita iaitu Allah S.W.T... Ramai manusia sekarang disibukkan dengan hal2 dunia, sehinggakan sudah lupa untuk mengingati Allah.. Saya harap anda tidak begitu ya kawan2... Cinta Allah melebihi semua cinta di muka bumi ini.
Cinta yang kedua ialah cinta terhadap Rasulullah S.A.W..Ya Allah, Rasulullah amat menyayangi umatNya..Sehinggakan disaat akhir kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W tetap menyebut mengenai umatNya..Andai Rasulullah masih ada..Semerbaklah haruman baginda..Setiap jiwa ingin bersamanya..Nur Muhammad terus bercahaya...Law Ka Na Bai Nana... Saya berasa sangat bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Akhir sekali,cinta kepada manusia..Ehem2..Apa itu cinta manusia? Cinta manusia merangkumi cinta sesama keluarga,guru2, ibubapa,sahabat taulan dan tidak lupa juga bagi suami isteri..Wujudnya perasaan cinta ini apabila mencintai dan dicintai antara sesama manusia..Memang sukar digambarkan dengan mata kasar..Kerana ia lahir dari hati dan nurani..Kadang-kadang manusia sanggup membunuh diri kerana cintanya tidak dibalas..Hehe..Yang saya gambarkan nieh bukan kerana bukan cinta terhadap pasangan kekasih tetapi mungkin juga akibat kurangnya cinta dari ibubapa tersebut terhadap anaknya..Cinta antara manusia nieh kadang-kadang indah,kadang-kadang tidak.Jadi, berhati-hati sewaktu bercinta ya..Kita juga sering mengharapkan cinta dari seseorang,tetapi sejauh mana kita bersusah-payah meraih cinta Allah..
Saya rasa cukup sekadar sini bingkisan nurkilan diri..
Sekian,terima kasih semua..




No comments:
Post a Comment