Thursday, 3 May 2012

Relevankan Umat Islam Untuk Bermalas...

السلام علىكم ورحمة الله وبركاته .......
Malas? Perasaan spt ini dtgnya drpd syaitan. Ia bertujuan supaya manusia meninggalkn perintah Allah, kononnya semata-mata utk mndptkn “waktu rehat”....

Contohnya, apabila hendak bangun pagi dan bersiap untuk ke masjid bagi bersembahyang subuh. Mata ini terasa begitu berat,walaupun kita telah tidur selama 6 jam dari malam tadi. Tetapi jika dikaji menurut islam, kita hanya memerlukan 2-3 jam sahaja untuk tidur dalam sehari. Teori yang mengatakan bahawa kita memerlukan 5-8 jam untuk tidur merupakan teori yang direka oleh saintis barat untuk mengelakkan umat islam daripada bangun berqiamullail. Berbalik kepada tadi, mata terasa begitu berat walaupun kita cukup tidur. Dan rasanya begitu malas untuk pergi ke masjid.

“aah, malas ah. Sembahyang kat  rumah dah la....” mungkin menjadi antara kata hati kita. Tetapi ketahuilah, sebenarnya perasaaan tersebut sengaja ditiup oleh syaitan untuk melalaikan kita. Jika kita solat subbuh di rumah, selepas kita bangun pasti kita akan berkata “awal lagi. Tido la kejap, nnti bgunla blik. Bgun awal-awal buat apa....” akhirnya kita tidur semula dan bangun pada jam 8 pagi, menyebabkan kita tertinggal solat subuh.

Keadaan sama berlaku apabila kita hendak menjalankan tugas, kita berasa malas lalu menangguhkannya sehingga akhirnya tugas tersebut tidak dilaksanakan langsung.

Satu cerita drpd murabbi sy brknaan rehat (mungkin tdk bbrp tepat, ttpi beginilah ceritanya):

pada zaman Kerajaan Bani ummaiyah, setelah wafat salah seorg khalifah. Maka slps itu, dilantik Khalifah Umar Bin Abdul Aziz sbgai pggnti khalifah trsbut. Kemudian pengurusan jenazah arwah khalifah y lma pn disiapkn. Stlh itu umar pun duduk di bawah sebuah pokok walaupn msih byk tggngjwb y prlu dlkukn khalifah y bru, dgn niat bhwa beliau akn menjlnkn tggngjwbnya slpl solat zohor. Kemudian dia dilihat oleh anaknya.

“apa y sdg kamu buat?” tanya anaknya.
“ayh ingin berehat sebentar, selepas solat nanti ayh akn mnjlnkn tggngjwb ayh” kata beliau.
Lalu anknya brkta “wahai ayahku, adkh kmu ykin bhwa kamu akn hdup walau sedetik pun lg?”
Mendengar kata-kata anknya itu, terus beliau bgun lalu menjlnkn tggngjwbnya...

Begitulah, kita seharusnya sedar.

“Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sihat dan masa lapang”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

“Masa lapang”. Sebenarnya masa lapang umat islam y sbnrnya adlh untuk kita beribadah dan mendekatkn dri kpd Allah. Kata-kata seorang tokoh islam y tersohor  : ”kerehatan seseorang muslim merupakan keaiban baginya”. Mengapa dikatakan sebegini? Ayat ini dilengkapkan oleh tokoh yang lain, iaitu: “tanggungjawab seseorang muslim itu melebihi masa yang dia ada.”

Kita mempunyai pelbagai tanggungjawab. Sebagai hamba Allah, sebagai anak, sebagai pelajar, dll. Oleh itu, tanggungjawab kita terlalu byk. Kita tidak mempunyai masa sebenarnya untuk bermalas-malas. Kerana itu semua akan melalaikan kita daripada menjalankan tanggungjawab kita. Alangkah baiknya jika kita menggunakan maa lapang kita untuk beribadah kepada Allah, umpama baginda s.a.w. menanti saat-saat ketibaan waktu sembahyang bagaikan penantian seorang yang haus dahaga akan setitis air yang sejuk.. Baginda menerpa berlari meluru ke arah solat, seumpama melurunya seorang yang bermusafir di padang pasir ke arah lembah wadi yang kehijauan.

Baginda seringkali berkata kepada Bilal apabila tiba waktu sembahyang, dalam keadaan yang rindu dan mengharap, dengan sabda baginda s.a.w.: Ertinya: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”

Ingatlah bahawa kita semua akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak atas amanah dan tanggungjawab yang kita pikul sebagai khalifah di muka bumi ini. Adakah patut kita bermalas-malas sedangkan saudara seislam kita nun jauh di sana sedang ditindas, dizalimi, dibunuh? Nauzubillah... ingatlah, hidup di dunia ini hanyalah sementara, dan:

“sesungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (al-a’la: 17)

Kita perlu nilai diri kita. Adakah dengan keadaan sekarang ini kita layak digelar sebagai “خير اومة” (khairu ummah: sebaik-baik umat)? Kita patut sedar. Umat islam pada saman ini semakin dihimpit oleh musuh-musuh islam yang hanya menunggu masa untuk mengisytiharkan perang terhadap negara-negara islam. Dalam keadaan seperti sekarang, adakah masih patut kita bermalas-malas? Tidak!! Oleh itu marilah wahai saudara-saudaraku, ayuh kita bangkitkan kegemilangan islam yang telah hilang bersama kerajaan bani uthmaniyyah dahulu....

Diagnosis diri kita, iman kita, ilmu kita, amalan kita. Perbaikinya dari semasa ke semasa.
Sekian, وسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.......


No comments:

Post a Comment