~Munajat insan hebat:Rabiatul Adawiyah~
Munajat Rabiatul Adawiyyah;
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam
kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”
“Kekasihku,
tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Dalam hati tiada yang lain
melainkan Dia, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan diriku tetapi Dia
tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
“Ya
Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada
yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh
mendinding antara aku dengan Engkau!
“Wahai
Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan
lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
“Jika
aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di
dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka
haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku
kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu
yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”
“Sekelian
manusia telah tidur dan semua orang telah alpa dengan asyik maksyuknya. Yang
tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga
Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur
supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”
p/s:
"Ya Allah jadikanlah hatiku seberbersih, sesuci Rabiatul
Adawiyah...lemahnya insan ini...hanya padaMU sahaja Ya Allah...."

No comments:
Post a Comment