Thursday, 3 May 2012


Ikhlaskah Kita Dalam Beribadah?

Bismillahirrahmanirrahim....
.........السلام علىكم ورحمة الله وبركاته
            “wei, aku tengok kau dah ganti tempat dia lah.”
            “maksud kau?”
“ye lah, dulu dia yang alim, baik. Tp sekarang kau pulak. Dia aku tengok dah makin teruk. Masa wakil maktab haritu, aku rasa dia tak solat la. Sebab dia mana ada balik asrama. Pastu,sekarang ni aku tengok dia makin menjadi. Dulu time form 1, alim je. Sampai perempuan nak pegang, dia kata ‘jangan! jangan!’ tapi sekarang ni perempuan tepuk dia selamba je.
“betul ke? Patutla ramai tak suka.”
“mestilah. Dia buat ibadah tak ikhlas, sebab tu lah ramai form kita yang tak suka kat dia kalau dia buat apa-apa program ramai-ramai macam solat hajat ke, kan tak sampai separuh pun yang pergi.”
“sebenarnya, aku pun tak suka cara dia. Sebab dia suka memaksa. Islam mana boleh paksa. Kalau benda wajib tu memang lah aku sokong kalau nak paksa, tapi benda-benda sunat cam solat hajat, qiamullail xleh paksa. Nanti jadi tak ikhlas. Sebab tu aku suka pergi usrah ‘ikhwanul muslimin’, ak tak berapa suka pergi usrah A.K.U. sebab A.K.U 2 cam paksa kita pergi. Kalau ikhwanul muslimin, tak kisah nak pergi ke tak. Terpulang. Kat situlah kelebihan islam, ianya mudah.terpulang pada kita sama ada nak cari keredhaan Allah. Janji benda wajib kita buat.”
“tapi sejak bila pulak kau berubah? Dulu kau tak macam ni. Dulu sampai tengah malam dengan handset. Sekarang solat dhuha tiap-tiap hari.”
“semuanya bermula sejak aku join BADaR tahun lepas la. Aku dapat kesedaran kat situ. Aku pun dah tinggalkan kapel-kapel ni. Takde faedah pun. Pastu baru aku usaha perbaiki diri aku.”
“tapi bila aku tengok kau pergi masjid solat dhuha tiap kali masa rehat, aku tengok tenang sangat.”
“Alhamdulillah.... tapi kalau camtu jom la ikut. Kita solat ramai-ramai. Baru best. Dia sebenarnya camni. Akhi azahar kata, ikhlas perlu dipaksa. Dia takkan datang tiba-tiba camtu. Perlukan masa. Mula-mula memang rasa berat, tapi nanti lama-lama dah biasa, senang je.. Tapi kalau ibadah sunat, seboleh-bolehnya cuba rahsiakan. biarlah kita seorang sahaja yang tahu. Sebab itu dapat mengelak daripada riyak. Kalau riyak, memang dah tak ikhlas dah tu.
“ patutla ramai orang tak suka dia. Dia buat ibadah nak menunjuk-nunjuk. Jadi macam munafik lah.”
“ya. Sebab bila kita buat ibadah tak ikhlas, Allah tak suka. Bila Allah tak suka, malaikat pun mesti tak suka. Akhirnya perasaan tu akan sampai kepada manusia. Maknanya, bila orang tengok jadi tak suka. Sama jugak macam orang yang buat maksiat. Walaupun tertutup, tapi Allah maha mengetahui.”
Yang di atas merupakan perbualan antara dua hamba Allah ketika waktu senggang antara solat maghrib dengan isya’. Mereka bercakap tentang dua perkara utama: ikhlas, dan istiqamah dalam beribadah.
Ikhlas? Apakah itu ikhlas? Maksudnya: melakukan sesuatu semata-mata mengharap keredhaan Allah.Terdapat dua tahap bagi ikhlas iaitu:
Tahap pertama: melakukan ibadah kerana cinta pada Allah dan rasul-Nya, kerana ingin mendapat keredhaan-Nya semata-mata, serta kerana ingin menjadi hamba yang bersyukur. Mughirah bin Syu’bah meriwayatkan:
“pernah pada suatu hari rasulullah sembahyang sehingga bengkak kakinya. Aku pun bertanya kepada baginda: ‘ya rasulullah! Bukankah Allah telah mengampunkan dosa-dosamu yang telah lalu dan akan datang?’ baginda menjawab: ‘tidak bolehkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur?’”
Sekiranya seseorang memberi kita sesuatu yang sangat berharga, pastinya kita akan berterima kasih kepadanya, bukan? bak peribahasa, “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.” Samalah juga dalam keadaan ini. Allah telah memberi begitu banyak nikmat kepada kita, tidak terkira banyaknya. Cuba kita fikir, apakah yang ada pada kita yang bukan pemberian Allah? Tiada! Walaupun roh kita sekalipun merupakan pemberian Allah kepada kita. Oleh itu kita panjatkanlah kesyukuran kepadanya dengan melaksanakan perintahnya serta menjauhi larangannya. Itu juga salah satu daripada ikhlas. Firman Allah:
“sekiranya kamu bersyukur, nescaya aku tambahkan nikmatku kepada kamu, dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabku teramatlah pedih”
Sangat hebat bagi sesiapa yang dapat mencapai darjat ikhlas ini. Orang tersebut tidak mengharap balasan daripada Allah, sebaliknya hanya mengharapkan supaya Allah meredhai hidupnya di dunia dan di akhirat.
Tahap kedua: melakukan ibadah kerana mengharapkan Allah akan memberikan ganjaaran syurga kepadanya. Ada sebahagian ulama’ berpendapat bahawa golongan ini masih belum dikira ikhlas, tetapi pendapat yang terkuat berkata bahawa ini masih dikira ikhlas, Cuma di tahap yang lebih rendah.
Bagaimana ingin ikhlas? Menurut murabbi saya, ikhlas tidak akan datang dengan sendiri. Ia perlu dipaksa pada peringkat awalnya, tetapi bukan paksaan orang lain! Kita yang perlu paksa diri kita sendiri. Hal ini kerana untuk kita melaksanakan perintah Allah, pada peringkat awalnya sangat sukar. Tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi suatu kebiasaan, sehingga kita tidak merasa berat kerananya. Inilah yang diumpamakan oleh rasulullah dengan ‘memegang bara api’. Pada awalnya sangat panas, sehingga kita hampir-hampir ingin melepaskannya. Kemudian, tangan kita lama-kelamaan akan menjadi kebas dan kebal sehingga bara tersebut seolah-olah tidak panas langsung.
 Apabila kita menjadikan ibadah sebagai kebiasaan bagi kita, lama-kelamaan kita sendiri akan terfikir, “sebab apa aku buat ibadah ni?” pada masa itulah kita perlu sematkan di dalam hati kita, semua itu kerana Allah. Kerana mencari keredhaan-Nya. Kerana ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
 Katakan pada diri kita sendiri : “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku,kerana Allah, tuhan sekalian alam.”  Ingatlah sabda rasulullah yang bermaksud:
            “sesungguhnya sesuatu amalan itu bergantung pada niat.”
Selain itu, seboleh mungkin cuba rahsiakan amalan. Hal ini kerana apabila orang lain mengetahui tentang ibadat yang kita lakukan, pasti mereka akan memuji kita. Jika iman kita tidak cukup kuat, perkara ini boleh mengubah niat kita menjadi untuk menunjuk-nunjuk, atau riyak. Apabila kita riyak, maka hancurlah keikhlasan yang kita bina itu. Tetapi jika berlaku juga, kuatkan iman! Katakan pada diri sendiri berulang-ulang kali, “aku buat ibadah sebab nak dapat keredhaan Allah, bukan sebab manusia!!!” perbetulkan semula niat kita.
Apakah pula kelebihan ikhlas? Menurut terjemahan buku ‘hidayatul hidayah’ karya imam al-ghazali, sesiapa yang mencari ilmu kerana inginkan kemegahan, nama, harta kekayaan dunia, maka dia telah menghancurkan agamanya. Mereka seperti telah menjual akhiratnya semata-mata ingin mendapat kekayaan dunia, dan merekalah orang-orang yang rugi.
Mengapa dikatakan sedemikian? Kerana mereka tidak ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah, iaitu menuntut ilmu. Bagaimanakah pula orang yang ikhlas? Menurut buku tersebut lagi, siapa yang menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah, hendaklah mereka bergembira. Ketahuilah bahawa para malaikat melebarkan sayapnya kepadamu, dan ikan-ikan di laut memohon ampun bagimu ketika engkau berjalan. Begitu besar ganjarannya bagi orang-orang yang ikhlas.
Dalam peperangan uhud, Saad bin Ar-Rabie’ menghembuskan nafasnya yang terakhir dan pada tubuhnya terdapat tujuh puluh liang bekas tikaman pedang, tombak, dan panah. Sekalipun demikian beliau tetap berpaling kepada Zaid bin Thabit dan berkata:
“sesungguhnya aku telah tercium bau syurga dan katakan kepada kaumku golongan ansar; tidak ada penipuan di sisi Allah bagi kamu sekiranya (kamu) ikhlas terhadap rasulullah dan pada kamu masih terdapat mata yang sanggup mengerdip.”
            Kemudian rohnya pun diangkat Allah pada ketika itu juga.
Sangat besar ganjaran bagi orang-orang yang ikhlas. Selain daripada itu, orang yang melakukan ibadah dengan ikhlas akan sentiasa mendapat keredhaan Allah, justeru menjadikan malaikat juga suka kepadanya. Perasaan itu akan akhirnya sampai kepada manusia, menjadikan orang tersebut disenangi ramai dan dihormati. Sedangkan orang yang tidak ikhlas pula sebaliknya. Begitulah Allah ingin memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya.
Kesimpulannya, ikhlaslah dalam setiap amalan. Pastikan setiap amalan kita hanyalah untuk mencari keredhaan Allah semata-mata. Untuk memulakan sesuatu amalan memang sangat sukar, maka bersabarlah dan beristiqamahlah melakukannya, sehingga amalan tersebut menjadi kebiasaan bagi kita. Kemudian sematkan bahawa ibadat kita ini kerana mencari keredhaan Allah. 
Akhir kata, ikhlaskan niat.
Sekian,
.........وسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments:

Post a Comment