Khutbah Jumaat 25/5/2012
Tajuk :- Perniagaan dan Dagangan Kepada Allah
- Peniagaan di dunia bukan semua yang menceburinya.
- Kalau semua berniaga,siapa yang akan menjadi pembeli?
- Kegiatan manusia perlu dipelbagaikan bagi menjamin kehidupan masyarakat yang unggul.
- Bukan semua orang dapat menceburi bidang perniagaan kerana ianya mempunyai pelbagai risiko
- Tetapi, kita sebagai umat Islam, WAJIB mengadakan perniagaan untuk akhirat.
- Perniagaan yang dimaksudkan ialah perniagaan untuk jangka masa yang panjang untuk akhirat.
- Perniagaan akhirat tidak mendatangkan kerugian kepada kita,mala ianya mendatangkan kebaikan kepada kita kelak.
- Perniagaan diumpamakan seperti begini :-
Pembeli = Allah
- Perniagaan dan dagangan ini Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 111:-
- Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
- Bukanlah menjual kepada Allah kerana Allah tiada keupayaan terhadap sesuatu perkara yang didagangkan oleh kita, tetapi kerana kita sebagai hambaNya.
- Maka sesiapa yang berniaga dan berdagang dengan Allah melalui amalan-amalan kebaikannya, nescaya Allah akan membalasnya dengan ganjaran pahala dan syurga..
- Marilah kita sama-sama berdagang di akhirat,yakni kepada Allah S.W.T.
- Berdagang di akhirat ialah dagangan yang mutlak hak milik Allah S.W.T.
- Cukupkanlah/lengkapkanlah rukun Islam kita.
- Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 :-
- "Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (QS.Al-Baqarah: 195)
- Jiwa dan raga kita hanya kepada Allah S.W.T.
- Berdagang di akhirat kelak amat luas dagangannya.
- Allah hanya akan membeli dagangan kita yang terbaik sahaja.
- Amal yang dilakukan tidak menunjuk-nunjuk yakni mendaktkan diri kepada ria' dan munafiq.
- Amalkan sifat bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melakukan amal ibadat kerana Allah memerhati apa yang kita kerjakan.
- Rebut ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
- Abdikan diri dengan sepenuh-penuhnya kepada Allah S.W.T.
- Akhir sekali, ikhlasnya kita dalam beribadah.Allah berfirman dlm Surah Al-Bayyinah ayat 5 :-
- Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.Sekian khutbah jumaat buat kali ini..renungan bersama..



No comments:
Post a Comment