Saturday 8 September 2012

Hanyut

Kita dicipta dari segumpal darah,
Dijelmakan seraut wajah,
Betapa indahnya rahsia agungnya kudrat Ilahi.

Apabila kita dihembuskan nyawa,
Maka terkotalah ikatan sebuah janji,
Iaitu taat dan tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup ini sarat dengan pesona dusta,
Dugaan yang ada untuk menguji diri kita sebagai hamba,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun sudah terukir sejarah,namun kita alpa,
Manusia terus hanyut dengan dunia indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya kita,
Iaitu hanya taraf seorang hamba.

Ramai yang tenggelam pada bisikan dunia,
Tidak sedar langkah sedang mudik ke sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Rebut fatamorgana.

Sedarkah kita telah disuluhkan laluan,
Telah diberikan segala pedoman,
Seiring dengan akal dan fikiran kurniaan Tuhan,
Namun mengapa kita hilang pegangan.

Telah tertulis pengakhiran seseorang itu,
Pada selembar takdir setiap insan,
Jiwa yang ada penuh penyerahan kepadaNya,
Itulah yang dijanjikan syurga untuk kita.
Mensyukuri Nikmat Ilahi Sebagai Seorang Pelajar
Lahirnya seorang bayi itu sudah dicatatkan keatasnya akan rezeki,ajal maut dan jodoh…Bayi yang lahir ditatang dengan rapi dalam dakapan seorang ibu yang penyayang.. Si ayah membanting tulang demi mencari nafkah untuk menyara keluarga dan membeli susu untuk bayi yang yang dilahirkan. Bayi yang dimaksudkan ialah kita..
Pernahkah kita terfikir sejenak akan kurniaan Allah S.W.T terhadap kita? Nikmat Iman itu sendiri dan Nikmat Islam. Rupa paras,kecantikan,kekayaan,kemewahan dan segala kesenangan yang kita dapat,pernahkah kita mensyukuri nikmat tersebut? SubhanaAllah, Allah tidak pernah berkira walaupun sesaat kita bernafas. Namun masih ada dalam kalangan kita yang mengaku dirinya Islam tetapi haqnya(hakikatnya) masih lalai dan leka dibuai arus dunia. Dalam konteks mensyukuri nikmat Ilahi ini dapat kita dapat lihat pada diri kita sendiri sebagai seorang pelajar. Sejauh manakah kita bertanggungjawab dalam pelajaran,terhadap amanah ibu bapa dan yang paling utama ialah kepada Sang Pencipta yakni Allah S.W.T.
Sedih saya apabila melihat ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang, namun dari segi akhlaknya kecundang,sahsiahnya kecundang dan apalagi dari segi pergaulan sehariannya. Memanglah saya sendiri tidak sempurna,namun kita semua harus sedar… Siapakah yang mengurniakan kepandaian,kecerdikan dan kebolehan diri untuk memahami setiap apa yg diajar? Qum Faanzir Ya Shabab ( bangunlah wahai pemuda), janganlah kita hanyut dan lalai..Kita belajar mmg untuk masa depan kita dan ibu bapa kita. Tapi adakah kita meletakkan Allah S.W.T sebagai pengharapan utama kita. Ayuh rakan-rakanku!!!! Renunglah sejenak apa yang sudah kita beri untuk Islam. Bukan bertanya apa yang Islam sudah beri kepada kita.. WaAllahua’lam...

Saturday 28 July 2012

Saya Ada Allah Untuk Jaga Saya =)




kadangkala kita rasa sedih,
rasa gusar,
kita rasa keseorangan.


Kerana kita terlupa Allah ada.
Tetapi apabila kita ingat dan menyedari kehadiranNya,
kita akan rasa kuat sentiasa.



Sekurang-kurangnya Dia Cuba...

Yang sebenarnya lelaki. 
Sekurang-kurangnya dia cuba.

Puisi oleh saudara Ahmad Saifuddin Yusof untuk lelaki yang mahu jadi sebenarnya lelaki:-

"Menadah, menyeru, berdoa
Saban malam berteleku memohon
Jauh di benak diri yang dalam
Berkerut menahan godaan
Nafsu menggangu justeru berpaling
Saban hari berjuang
Demi Tuhan, demi jiwa beriman
Kadang rebah bangun kembali
Tetap berjalan walau tempang
Tetap berjuang walau semakin ditentang
Hanya kerana Dia, bukan sesiapa
Demi Tuhan, tetap berjuang..."
---
"Subhanallah"


Bersangka Baik Pada Allah Itu Wajib!!!


Jom Share Rakan-rakanku~~~



Apabila ada sahabat2 yang post ilmu akhirat , janganlah kamu berkata ..

"Oh.. dia sendiri pun tak amalkan , ada hati nak tegur orang" atau..
"Oh.. dia dulu pun mcm tu , nak tunjuk baik plak sekarang.." atau..
"Oh.. dia pun tak tutup aurat , tak solat , ada hati nak ubah kan orang."

Janganlah kita tengok siapa yang menghantar.. tengoklah apa yang dia hantar.. dia tak amalkan , kita amalkan.. dia tak nak jadi baik , kita jadilah baik .., dia tak nak berubah , kita lah berubah.

Jangan sibuk menilai dosa orang lain .. dosa kita sendiri pun tidak tertanggung. Istiqomah dan muhasabah lah diri kita bersama2. :)


Jahatnya Syaitan....