Sunday, 20 May 2012


Tazkirah Maghrib Oleh Al-Fadhil Ustaz Rizal Akhir


  • Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
  • Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;
                         لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
              yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."




    • Manusia sebagai khalifah/pemimpin di muka bumi ini.
    • Konsep ini sesuai dengan keadaan manusia sebagai “khalifah” di muka bumi Allah. Persoalan “khilafah” ini merupakan matlamat penciptaan manusia di bumi yang telah ditegaskan oleh Allah kepada para Malaikat sebelum manusia pertama dicipta. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 : “Dan ingatlah peristiwa tatkala mana Tuhan kamu berfirman kepada para Malaikat : Aku pasti meletakkan di muka bumi ini “khalifah”. Para Malaikat lantas bertanya(hikmahnya): Adakah kamu akan jadikan di muka bumi ini orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji kamu dan mensucikan kamu? Allah berfirman: Aku tahu sesuatu yang kamu tidak tahu”. 
    • Kombinasi hati + akal =Qhalub 'tercetus di hati mengingati Allah S.W.T'..
    • Dalam Surah At-Tin juga ada menceritakan perihal manusia 
         1. demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun[1587],
         2. dan demi bukit Sinai[1588],
         3. dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
         4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
         5. kemudian Kami kembalikan Dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
         6.kecuali org-org yg beriman dan mngrjakan amal saleh;Maka bagi mrka pahala yg tiada putus-putusnya.
         7. Maka Apakah yg menyebbkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah(adanya keterangan-keterangan) itu?
         8. Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya? : -
    • Kelebihan manusia ialah manusia mempunyai ilmu dan boleh menyampaikannya.
    • Terkadang manusia tidak menyedari akan dosa yang dilakukan sehinggalah dihumban ke dalam neraka..Dan mereka2 ini menyesal.Menyesalnya mereka digambarkan dalam Surah Al-Mu'minun ayat 99-100   : -
             99. (Demikianlah Keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang    dari mereka, Dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia)[1021],
    100. agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan[1022].


    • Sewaktu di padang Masyar akan diazab orang yang ingkar terhadap Allah.
    • Orang yang tidak solat akan rasa sangat lemah sewaktu di padang Masyar.
    • Setiap manusia akan terima kitab amalan sendiri di Padang Masyar.
    • Jadilah kamu seorang yang mencari ilmu.
    • Kafirlah orang yang menghalang sesuatu majlis ilmu diadakan.
    • Kelebihan mencari ilmu ialah  : -
              1.Pahalanya umpama 1000 rakaat solat.
              2.Didoakan oleh hidupan laut.
    • Ada 2 cara manusia menerima kitab amalan  : -
    • Tangan kanan dan kiri.
    • Orang yang menerima kitab amalan di tangan kanan huraiannya di dalam Surah Al-Haaqqah ayat 19 dan Surah Al-Israa' ayat 71.
    • Al-Haaqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
    • Al-Israa [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
    • Orang yang menerima kitab amalannya di tangan kiri dinyatakan di dalam Surah Al-Haaqqah ayat 25.
    • Haqqah [25] Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.
    • Dunia ini diumpamakan syurga bagi orang-orang yang kafir,manakala neraka bagi orang-orang yang beriman dan mukmin.
    • Sewaktu di Padang Masyar nanti tiada siapa yang dapat membantu kita,kecuali amal kebaikan yang dilakukan oleh diri kita sendiri.
    • Seringan-ringan azab di neraka ialah memakai selipar/sepatu/kasut sahaja mampu menggelegakkan otak.Na'uzubillahiminzalik...
    • Allah S.W.T tidak melihat rupa paras,harta,kekayaan,pangkat dan darjat.Tetapi Allah melihat 'HATI' kamu...
           Sekian dari saya bagi perkongsian hari ini...
           

    No comments:

    Post a Comment