Thursday, 17 May 2012
Sejauh manakah janji yang telah dibuat itu ditepati?
Seringkali kita mendengar dan dibuaikan tentang ungkapan ‘janji Melayu’. Biasanya ungkapan ini membawa kepada maksud
yang negatif iaitu merujuk kepada janji yang tidak ditepati. Mengapakah terjadi sedemikian?. Apakah benar masyarakat
Melayu merupakan masyarakat yang tidak suka menepati janji? Sehubungan dengan itu, pepatah Melayu yang mengatakan
`bagai menanam tebu di tepi bibir’ hendaklah diambil perhatian kerana ia merujuk kepada orang yang suka menabur janji
tetapi tidak suka menunaikannya.
Terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari ini memang suka menabur janji serta mengungkapkan janji dengan
begitu mudah. Namun, persoalannya sejauh manakah janji yang telah dibuat itu ditepati?
Jadi kesimpulannya......
bukan mudah untuk berjanji..sekiranya kita berjanji.. tepatilah ia... kerana ia memberi impak yang agak besar kepada pelbagai aspek kehidupan mahupun secara sedar ataupun tidak sedar....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment