Saturday, 8 September 2012

Hanyut

Kita dicipta dari segumpal darah,
Dijelmakan seraut wajah,
Betapa indahnya rahsia agungnya kudrat Ilahi.

Apabila kita dihembuskan nyawa,
Maka terkotalah ikatan sebuah janji,
Iaitu taat dan tunduk hanya kepadaNYA.

Namun hakikatnya hidup ini sarat dengan pesona dusta,
Dugaan yang ada untuk menguji diri kita sebagai hamba,
Tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun sudah terukir sejarah,namun kita alpa,
Manusia terus hanyut dengan dunia indah yang fana,
Terlupa pada fitrah wujudnya kita,
Iaitu hanya taraf seorang hamba.

Ramai yang tenggelam pada bisikan dunia,
Tidak sedar langkah sedang mudik ke sengsara,
Tergoda pada hasut sengketa,
Rebut fatamorgana.

Sedarkah kita telah disuluhkan laluan,
Telah diberikan segala pedoman,
Seiring dengan akal dan fikiran kurniaan Tuhan,
Namun mengapa kita hilang pegangan.

Telah tertulis pengakhiran seseorang itu,
Pada selembar takdir setiap insan,
Jiwa yang ada penuh penyerahan kepadaNya,
Itulah yang dijanjikan syurga untuk kita.
Mensyukuri Nikmat Ilahi Sebagai Seorang Pelajar
Lahirnya seorang bayi itu sudah dicatatkan keatasnya akan rezeki,ajal maut dan jodoh…Bayi yang lahir ditatang dengan rapi dalam dakapan seorang ibu yang penyayang.. Si ayah membanting tulang demi mencari nafkah untuk menyara keluarga dan membeli susu untuk bayi yang yang dilahirkan. Bayi yang dimaksudkan ialah kita..
Pernahkah kita terfikir sejenak akan kurniaan Allah S.W.T terhadap kita? Nikmat Iman itu sendiri dan Nikmat Islam. Rupa paras,kecantikan,kekayaan,kemewahan dan segala kesenangan yang kita dapat,pernahkah kita mensyukuri nikmat tersebut? SubhanaAllah, Allah tidak pernah berkira walaupun sesaat kita bernafas. Namun masih ada dalam kalangan kita yang mengaku dirinya Islam tetapi haqnya(hakikatnya) masih lalai dan leka dibuai arus dunia. Dalam konteks mensyukuri nikmat Ilahi ini dapat kita dapat lihat pada diri kita sendiri sebagai seorang pelajar. Sejauh manakah kita bertanggungjawab dalam pelajaran,terhadap amanah ibu bapa dan yang paling utama ialah kepada Sang Pencipta yakni Allah S.W.T.
Sedih saya apabila melihat ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang, namun dari segi akhlaknya kecundang,sahsiahnya kecundang dan apalagi dari segi pergaulan sehariannya. Memanglah saya sendiri tidak sempurna,namun kita semua harus sedar… Siapakah yang mengurniakan kepandaian,kecerdikan dan kebolehan diri untuk memahami setiap apa yg diajar? Qum Faanzir Ya Shabab ( bangunlah wahai pemuda), janganlah kita hanyut dan lalai..Kita belajar mmg untuk masa depan kita dan ibu bapa kita. Tapi adakah kita meletakkan Allah S.W.T sebagai pengharapan utama kita. Ayuh rakan-rakanku!!!! Renunglah sejenak apa yang sudah kita beri untuk Islam. Bukan bertanya apa yang Islam sudah beri kepada kita.. WaAllahua’lam...

Saturday, 28 July 2012

Saya Ada Allah Untuk Jaga Saya =)




kadangkala kita rasa sedih,
rasa gusar,
kita rasa keseorangan.


Kerana kita terlupa Allah ada.
Tetapi apabila kita ingat dan menyedari kehadiranNya,
kita akan rasa kuat sentiasa.



Sekurang-kurangnya Dia Cuba...

Yang sebenarnya lelaki. 
Sekurang-kurangnya dia cuba.

Puisi oleh saudara Ahmad Saifuddin Yusof untuk lelaki yang mahu jadi sebenarnya lelaki:-

"Menadah, menyeru, berdoa
Saban malam berteleku memohon
Jauh di benak diri yang dalam
Berkerut menahan godaan
Nafsu menggangu justeru berpaling
Saban hari berjuang
Demi Tuhan, demi jiwa beriman
Kadang rebah bangun kembali
Tetap berjalan walau tempang
Tetap berjuang walau semakin ditentang
Hanya kerana Dia, bukan sesiapa
Demi Tuhan, tetap berjuang..."
---
"Subhanallah"


Bersangka Baik Pada Allah Itu Wajib!!!


Jom Share Rakan-rakanku~~~



Apabila ada sahabat2 yang post ilmu akhirat , janganlah kamu berkata ..

"Oh.. dia sendiri pun tak amalkan , ada hati nak tegur orang" atau..
"Oh.. dia dulu pun mcm tu , nak tunjuk baik plak sekarang.." atau..
"Oh.. dia pun tak tutup aurat , tak solat , ada hati nak ubah kan orang."

Janganlah kita tengok siapa yang menghantar.. tengoklah apa yang dia hantar.. dia tak amalkan , kita amalkan.. dia tak nak jadi baik , kita jadilah baik .., dia tak nak berubah , kita lah berubah.

Jangan sibuk menilai dosa orang lain .. dosa kita sendiri pun tidak tertanggung. Istiqomah dan muhasabah lah diri kita bersama2. :)


Jahatnya Syaitan....




Story ~ Chinese Accept Islam



A Muslim scholar (sheikh) was on a visit to China to give a series of lectures to the local Muslim community. One day, he was scheduled to give a lecture at a local hall and was about to take a taxi along with his companions to that location.

They got into the taxi and the Sheikh asked about the length of time it would take to get to the lecture hall. The taxi driver, through the interpreter, answered "Two hours."

The Sheikh immediately turned to his companions and said: "well, we can't sit in this taxi with the driver for two hours and not tell him about our religion. If we did that then we would be no different than any other non-Muslim or kaffir who uses this taxi. We are the people that Allah (SWT) chose to carry His message and honoured us to be Muslims. It is our duty to tell this person about Islam."

However, the driver was a native Chinese and didn't have a common language with the Sheikh. They had to communicate through an interpreter.

Sheikh to interpreter: "Ask the man if he believes in any religion?"

Driver: "No, I don't believe in religion. I just get up in the morning, go to work and earn money. At the end of the day, I collect my money, go buy some food and drink for my family. What do I need religion for?"

Sheikh: "Ask this man if he has ever heard anything about Islam."

Driver: "Not much. I've seen a tape once and showed Muslims as violent people. I don't know much else."

Sheikh: "Ask him about computers. What does he think of computer?"

Driver: "I think the computer is an excellent invention. It is very useful and very sophisticated."

Sheikh: "Does he think that the computer could have invented itself or does he think that a human being invented it?"

Driver: "A human invented it, of course. It is not capable of inventing itself."

Sheikh: "Which one is more complicated the computer or the human being?"

Driver: "The human being is more complicated, of course."

Sheikh: "O.K., if the computer must have been invented by a human being, then it follows that a human being (which is more complicated) must also have a creator."

Driver: "O.K."

Sheikh: "In Islam, we believe that Allah is the creator of human beings and all other beings. Fine, now let's move on. Assume that you have never seen a computer before and never heard of it. If I brought a computer to you and gave it to you. Would you know what to do with it? Would you be able to use to its full potential?"

Driver: "No, I wouldn't."

Sheikh: "Now, if I gave you a catalogue for the computer, then you will be able to better use it? Correct?"

Driver: "Correct!"

Sheikh: "In Islam, we view Quran as the catalogue used by human beings to manage their lives. Without this catalogue, they will ruin themselves! Now, if this inventor of the computer assembled the machine and printed the catalogue, what would be the next step? He would need to train some engineers and others on how to spread the message about this machine. These people would, in turn, train others and others until everyone knows about the machine. In the example of Allah and Quran, the prophets of Allah play the role of the engineers. They learn the message and teach it to others so that the message will spread. Prophet Muhammad (saw) is the final messanger of Allah and he was ordered to take the message to all human beings."

By this time, the trip was coming to an end and they almost reached the lecture hall. But the Sheikh can see that there were tears coming out of the driver's eyes. The words of the Sheikh was having a significant effect on this driver.

Driver: "These ideas are very interesting to me. Do you mind spending 15 more minutes with me to tell me about this religion?"

The Sheikh agreed to spend those few minutes with this person and did. The man asked many questions and seemed genuine in his desire to learn more about this religion. At the end of these few minutes, the driver said: "I want to join this religion of yours. How do I do that?"

He was told that all he needs to do is say: "I bear witness that there is no God but Allah and I bear witness that Muhammad (saw) is his servant and messenger."

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
M A Y _ A L L A H _ B L E S S _ E V E R Y O N E
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

Saturday, 26 May 2012

Kau, Kawan, Sahabat & Teman



Ketika mula bertemu.Terasa bagai telah lama bersua.
Kau sambut hulur tanganku..Bertegur sapa penuh mesra..









Masa terus berlalu..Dan kita tetap seiringan berjalan..
Menempuh onak liku...Lalui semua suka dan duka bersama...






Biarlah apapun rahsia...Dan kelemahanmu tetap engkau temanku...






Riangnya saat kita ketawa...Asyik senda dan bercerita...
Walau sesekali pandangan kita berbeza...Andainya tetap serupa...






Adakalanya kita juga saling terluka...Namun di akhirnya kita tetap bersama..






Dan kini dipisahkan dua benua...Saling mengejar cita...
Tak pernah kulupakan ...Detik yang indah bersamamu temanku..






Kupasti suatu masa....Engkau dan aku kan bertemu semula...
Kembali menjalinkan detik nan indah...Untuk kenangan bersama...



Khas buat kawan,sahabat dan teman...Terima kasih semua..

Friday, 25 May 2012


Khutbah Jumaat 25/5/2012
Tajuk :- Perniagaan dan Dagangan Kepada Allah


  • Peniagaan di dunia bukan semua yang menceburinya.
  • Kalau semua berniaga,siapa yang akan menjadi pembeli?
  • Kegiatan manusia perlu dipelbagaikan bagi menjamin kehidupan masyarakat yang unggul.
  • Bukan semua orang dapat menceburi bidang perniagaan kerana ianya mempunyai pelbagai risiko
  • Tetapi, kita sebagai umat Islam, WAJIB mengadakan perniagaan untuk akhirat.
  • Perniagaan yang dimaksudkan ialah perniagaan untuk jangka masa yang panjang untuk akhirat.
  • Perniagaan akhirat tidak mendatangkan kerugian kepada kita,mala ianya mendatangkan kebaikan kepada kita kelak.
  • Perniagaan diumpamakan seperti begini :-
          Penjual = Manusia
          Pembeli = Allah
  • Perniagaan dan dagangan ini Allah telah berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 111:-
  • Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
  • Bukanlah menjual kepada Allah kerana Allah tiada keupayaan terhadap sesuatu perkara yang didagangkan oleh kita, tetapi kerana kita sebagai hambaNya.
  • Maka sesiapa yang berniaga dan berdagang dengan Allah melalui amalan-amalan kebaikannya, nescaya Allah akan membalasnya dengan ganjaran pahala dan syurga..
  • Marilah kita sama-sama berdagang di akhirat,yakni kepada Allah S.W.T.
  • Berdagang di akhirat ialah dagangan yang mutlak hak milik Allah S.W.T.
  • Cukupkanlah/lengkapkanlah rukun Islam kita.
  • Allah juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 :-
  • "Dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. Sungguh Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (QS.Al-Baqarah: 195)
  • Jiwa dan raga kita hanya kepada Allah S.W.T.



  • Berdagang di akhirat kelak amat luas dagangannya.
  • Allah hanya  akan membeli dagangan kita yang terbaik sahaja.
  • Amal yang dilakukan tidak menunjuk-nunjuk yakni mendaktkan diri kepada ria' dan munafiq.
  • Amalkan sifat bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melakukan amal ibadat kerana Allah memerhati apa yang kita kerjakan.
  • Rebut ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.



  • Abdikan diri dengan sepenuh-penuhnya kepada Allah S.W.T.
  • Akhir sekali, ikhlasnya kita dalam beribadah.Allah berfirman dlm Surah Al-Bayyinah ayat 5 :-
  • Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.


    Sekian khutbah jumaat buat kali ini..renungan bersama..




Thursday, 24 May 2012


Saya Juga Ada Hati Seperti Orang Lain...


Assalamualaikum semua...Kali nieh post yang diutarakan mengenai diri saya pulak..Kadang-kadang saya berusaha untuk baik dengan semua orang..Tapi tidak semua yang dapat berbaik dengan saya..Biasalah,saya hanya budak-budak..Tapi,sekurang-kurangnya saya berusaha untuk menjadi yang terbaik walaupun saya tidaklah sesempurna yang dijangkakan...Saya pun bukanlah baik sangat,tapi saya berusaha ke arah itu..Selain dari keluarga,sahabat-sahabat,rakan-rakan dan kawan-kawanlah yang banyak membantu dalam perubahan itu..Apabila hilangnya seorang sahabat yang dapat berkongsi pendapat..Saya berasa seolah-olah ada sesuatu yang tidak complete.Senang cerita,tak taw nak cakap macam mana.Susah sangat nak terang..Saya pun macam orang lain jugak,saya pun ada hati...Kadang-kadang saya rasa apa yang saya buat macam tidak dihargai..Memanglah pengharapan itu sepatutnya pada Allah..But, we as human tidak lari dari kehidupan sesama manusia..Anyway terima kasih kepada insan yang bergelar sahabat yang mengenali diri ini..Mungkin saya tak cukup baik untuk anda...




Tetapi, saya juga ada hati seperti orang lain..





Kerana Ku Punya Hati dan Cinta


E'eh, mesti semua pelik kan pasal tajuk atas nieh.. Hehe. Jangan risau.. Saya akan kupaskan tajuk nieh dengan lebih detail. Semua manusia dikurniakan hati oleh Allah S.W.T. Tetapi, sejauh manakah kita telah menjaga hati kita dan orang lain.. Mesti semua fikir kan apa yang saya maksudkan. Maksudnyer disini, bukan hanya hati kita yang perlu dijaga.. Tetapi hati orang lain juga...Saya lebih suka memetik kata-kata dari seorang sahabat saya yang akan berangkat ke Riau selepas Hari Raya Aidilfiti nieh.. Kata-katanya amat jelas iaitu 'Kerana dakwah terbaik adalah yang memenangi hati, bukan mengguris hati'. Nampak tak? Pentingnya menjaga hati orang lain untuk menyampaikan dakwah.. Kalau la kita nak mengajak seseorang itu kearah kebaikan.. Takkan la kita nak cakap 'ko nieh malas buat ibadah sunat,ko ingat pahala ko tueh dh bnyak ker?'.. Kalau keluar ayat camtueh,konfem2 la orang tueh lagi taknak buat.. Be matured guys.. Memangla orang cakap tak semua perkara yang kita buat orang suka dan tak semua perkara orang lain buat kita suka.. But, we have our ways... Selain tueh, bila sebut bab hati nieh.. Ramai akan cakap,'suka hati saya lah'.. Kesian kan? Hati tueh tak tawu apa pun yang kita buat.. Hehe.. Hati juga kita gunakan untuk mencintai. Jap2,jeng jeng saspens kan.. Hehe..Bila sebut pasal cinta,kita as human,tak lari dari 3 Cinta nieh. Cinta yang pertama ialah, cinta kita terhadap Pencipta kita iaitu Allah S.W.T... Ramai manusia sekarang disibukkan dengan hal2 dunia, sehinggakan sudah lupa untuk mengingati Allah.. Saya harap anda tidak begitu ya kawan2... Cinta Allah melebihi semua cinta di muka bumi ini.


Cinta yang kedua ialah cinta terhadap Rasulullah S.A.W..Ya Allah, Rasulullah amat menyayangi umatNya..Sehinggakan disaat akhir kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W tetap menyebut mengenai umatNya..Andai Rasulullah masih ada..Semerbaklah haruman baginda..Setiap jiwa ingin bersamanya..Nur Muhammad terus bercahaya...Law Ka Na Bai Nana... Saya berasa sangat bersyukur menjadi ummat Nabi Muhammad S.A.W.


Akhir sekali,cinta kepada manusia..Ehem2..Apa itu cinta manusia? Cinta manusia merangkumi cinta sesama keluarga,guru2, ibubapa,sahabat taulan dan tidak lupa juga bagi suami isteri..Wujudnya perasaan cinta ini apabila mencintai dan dicintai antara sesama manusia..Memang sukar digambarkan dengan mata kasar..Kerana ia lahir dari hati dan nurani..Kadang-kadang manusia sanggup membunuh diri kerana cintanya tidak dibalas..Hehe..Yang saya gambarkan nieh bukan kerana bukan cinta terhadap pasangan kekasih tetapi mungkin juga akibat kurangnya cinta dari ibubapa tersebut terhadap anaknya..Cinta antara manusia nieh kadang-kadang indah,kadang-kadang tidak.Jadi, berhati-hati sewaktu bercinta ya..Kita juga sering mengharapkan cinta dari seseorang,tetapi sejauh mana kita bersusah-payah meraih cinta Allah..


Saya rasa cukup sekadar sini bingkisan nurkilan diri..

Sekian,terima kasih semua..


Tuesday, 22 May 2012



After Every Rainfall Must Come a Rainbow


They looked at each other and smiled. I wondered what were they chatting about. They were my friends when I was studying at Jordan University of Science and Technology (JUST), Jordan. We were on an aeroplane which was flying to Malaysia – my beloved country. I was returning to my homeland, Malaysia after four years studying in dentistry course in Jordan. After several hours, the aeroplane landed on the Kuala Lumpur International Airport (KLIA). My family had been waiting for me patiently at the arrival hall. I hugged my parents, I missed them so much.


After several months, I got a job as a dentist in Hospital Pulau Pinang. I was very grateful because my ambition to be a dentist become true. Every weekend, I returned to my hometown to visit my parents. I enjoy my weekly routine. One day, when I returned to my hometown I could see my parents’ were very radiant to receive my visit.  What a surprise, they asked me to get marry quickly because they wanted to have grandchildren. They said that they could find someone to be my wife if I did not have anybody yet. I told them that I had a feeling for someone but I never told her about my feeling. They asked me to propose to the girl as soon as possible.

Her name is Ainun, she graduated from the University of Yarmouk, Jordan as Bachelor in Arabic Language. She has sparkling eyes and oval-shaped face. She is good-looking girl and petite but those are not the reasons of why I attracted to her. The thing that attracted me so much about her is her piety. I phoned my good friend, Isam who graduated from the same university as Bachelor in Usuluddin and asked him to represent me to propose to her. It was not polite to propose to her directly. After two days, Isam phoned me and told me that Ainun need some time to make a decision.

As I patiently waited for her decision, I prayed to Allah to give me the best. After three weeks Isam phoned me and he said that Ainun had made the decision and she wanted to see me. I was very nervous. We met at a restaurant. I was accompanied by my parents while Ainun was accompanied by her parents. Isam also came to be the middle person. My heart shattered into tiny pieces when I heard that she refused my proposal. I felt like there was no more light in my life. I was frustrated but I must respect her decision. I knew she must had her own reason why she refused me. I returned home with a broken heart, my mother gave me comfort. I could not sleep that night. For the whole night I had been asking myself what was my fault. For a week, I just thinking of her. I could not sleep well and lost an appetite.

Later Isam visited me. He tried to give support because he heard I was very down. He is a friend indeed. He reminded me verses from Holy Koran :

“so, Verily, with every difficulty, there is relief, Verily, with every difficulty there is relief”
(An-Nashrah: 5-6)
I felt calm when heard that. Yes, that is the promise from Him. I must be strong and patient to get through this. This was a test from Him and I must take it to strive. I realized if Ainun was not for me, it means that there would be someone else whom is more suitable with me.

            Three months later, suddenly my mother phoned me. She asked me to return to my hometown because she had an important thing to discuss. I wondered what it was. I returned to my hometown on the weekend. My parent told me that they had chosen a girl to be my wife and they asked me whether I agree or not. I told them that I just go with their choice. The next week, I was brought to see my future wife. I was very shocked, I knew the girl. She was the girl whom I had admired during my study at secondary school.  Her name is Juwairiyah, she graduated as Bachelor in Islamic Law from International Islamic University Malaysia (IIUM). She is a quiet girl and is good-looking too. The most important is her piety.

            The next month, I married her. I am very happy now. It really true, His promise is true, with every difficulty there is relief.

Monday, 21 May 2012

Tazkirah Magrib 'Sirah' Oleh :Ustaz Amri Nasrun
Pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni









  • Sultan Sulaiman Al-Qanuni merupakan Sultan Kerajaan Uthmaniyah yang kesepuluh dan paling lama memerintah dari tahun 1520 sehinggalah kematiannya pada tahun 1566. 
  • Di Barat, beliau dikenali sebagai Suleiman the Magnificent (Sulaiman Yang Hebat) dan di Timur, beliau dikenali sebagai Pembuat Undang-Undang (di dalam bahasa Turki Kanuni; Bahasa Arab: القانونى‎, al‐Qānūnī),sebagai jasanya di dalam memodenkan sistem perundangan kerajaan Uthmaniyah. 
  • Sultan Sulaiman menjadi pemerintah terkenal di Eropah pada abad ke 16, mencapai kemuncak kuasa ketenteraan, politik dan ekonomi kerajaan Uthmaniyah. 
  • Sultan Sulaiman sendiri telah memimpin tentera Uthmaniyah untuk menakluki kawasan Kristian di Belgrade, Rhodes, dan kebanyakannya diHungary sebelum penaklukannya dipatahkan di dalam Perang Vienna pada tahun 1529. 
  • Semasa pemerintahannya, angkatan tentera laut Uthmaniyah telah menguasai kawasan laut di Mediterranean sehingga ke Laut Merah dan Teluk Parsi.
  • Sultan Sulaiman telah memecahkan tradisi kerajaan Uthmaniyah dengan mengahwini Roxelana, iaitu seorang gadis Eropah. 
  • Putera mereka iaitu Selim II menggantikanya  berikutan kematiannya pada tahun 1566 selepas memerintah selama 46 tahun.


Seterusnya, Ustaz Amri Nasrun menyampaikan sedikit kata-kata hikmah :-
  • Segala sesuatu yang kita perolehi itu,hendaklah disumbangkan ke arah agama.
  • Segala kekayaan,kebijaksanaan,kemewahan dan kekuasaan hendaklah dikhidmatkan ke jalan Allah S.W.T.
  • Punyai kekuatan itu hendaklah dikerahkan tenaga itu ke jalan Allah.
  • Mengamalkan agama Islam itu dengan sebenar-benarnya.
  • Kuasa yang kita ada,kalau tidak dimanfaatkan ke jalan Allah, kita akan menjadi pengikut syaitan yang setia.
Seterusnya, Ustaz Amri Nasrun menceritakan satu perkara yang baru-baru ini telah menggemparkan semuapihak berkenaan Tinju Wanita di Malaysia. Ustaz menjelaskan beberapa perkara antaranya ialah :-
  • Tinju itu haram hukumnya.
  • Kerana memudaratkan diri dan orang lain.
  • Juga kerana merubah kewanitaan yang sedia ada.
  • Hukumnya dilaknat oleh Allah S.W.T
  • Wanita itu digalakkan berdakwah di jalan Allah,InsyaAllah syurga menanti bagi golongan wanita yang berdakwah di jalan Allah.
  • Wanita yang baik ialah wanita yang menutup auratnya dengan sempurna.
Seterusnya, Ustaz menyambung kembali tazkirahnya mengenai Sultan Sulaiman.
  • Sultan Sulaiman ini mempunyai Ilmu Ulum (Sains), Ilmu Tariq (Sejarah)   dan Ilmu Sastera.
  • Ayahnya meninggal dunia sewaktu umurnya 25 tahun.
  • Banyak panglima-panglima tentera yang lama sewaktu pimpinan ayahnya, berasa tidak puas hati kerana umur Sultan Sulaiman yang muda telah menjadi pemimpin.
  • Sultan Sulaiman telah memerintah selama 46 tahun.
  • Sultan Sulaiman ini lemah lembut dalam pertuturannya digelar 'Rajulun Ijhtima'ie'
  • Beliau juga amat menjaga kesucian Islam, sehinggakan penganut agama Kristian takut untuk membunyikan loceng gereja mereka.
  • Sewaktu Sultan Sulaiman bermur 17 tahun, beliau telah menguasai 4 bahasa.Iaitu, bahasa Turki,Arab,Parsi dan Serbia.
  • Sewaktu pemerintahannya,beliau telah menakluki benua Eropah.
  • Setelah menguasai benua Eropah, beliau seterusnya membuka benua Afrika pada waktu itu terkenal dengan nama Sa'il Aj atau sekarang dikenali sebagai Senegal.
  • Sultan Sulaiman Al-Qanuni meninggal dunia dalam pertempuran.
  • Beliau merupakan seorang Sultan yang amat zuhud.
  • Akhirnya, pemerintahan beliau disambung oleh anaknya dari isterinya yang berbangsa Eropah.

Sunday, 20 May 2012


Tazkirah Maghrib Oleh Al-Fadhil Ustaz Rizal Akhir


  • Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.
  • Allah telah berfirman dalam surah At-Tin ayat yang ke-4;
                         لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
              yang bermaksud "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."




    • Manusia sebagai khalifah/pemimpin di muka bumi ini.
    • Konsep ini sesuai dengan keadaan manusia sebagai “khalifah” di muka bumi Allah. Persoalan “khilafah” ini merupakan matlamat penciptaan manusia di bumi yang telah ditegaskan oleh Allah kepada para Malaikat sebelum manusia pertama dicipta. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 : “Dan ingatlah peristiwa tatkala mana Tuhan kamu berfirman kepada para Malaikat : Aku pasti meletakkan di muka bumi ini “khalifah”. Para Malaikat lantas bertanya(hikmahnya): Adakah kamu akan jadikan di muka bumi ini orang yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji kamu dan mensucikan kamu? Allah berfirman: Aku tahu sesuatu yang kamu tidak tahu”. 
    • Kombinasi hati + akal =Qhalub 'tercetus di hati mengingati Allah S.W.T'..
    • Dalam Surah At-Tin juga ada menceritakan perihal manusia 
         1. demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun[1587],
         2. dan demi bukit Sinai[1588],
         3. dan demi kota (Mekah) ini yang aman,
         4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
         5. kemudian Kami kembalikan Dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
         6.kecuali org-org yg beriman dan mngrjakan amal saleh;Maka bagi mrka pahala yg tiada putus-putusnya.
         7. Maka Apakah yg menyebbkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah(adanya keterangan-keterangan) itu?
         8. Bukankah Allah hakim yang seadil-adilnya? : -
    • Kelebihan manusia ialah manusia mempunyai ilmu dan boleh menyampaikannya.
    • Terkadang manusia tidak menyedari akan dosa yang dilakukan sehinggalah dihumban ke dalam neraka..Dan mereka2 ini menyesal.Menyesalnya mereka digambarkan dalam Surah Al-Mu'minun ayat 99-100   : -
             99. (Demikianlah Keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang    dari mereka, Dia berkata: "Ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia)[1021],
    100. agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah Perkataan yang diucapkannya saja. dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan[1022].


    • Sewaktu di padang Masyar akan diazab orang yang ingkar terhadap Allah.
    • Orang yang tidak solat akan rasa sangat lemah sewaktu di padang Masyar.
    • Setiap manusia akan terima kitab amalan sendiri di Padang Masyar.
    • Jadilah kamu seorang yang mencari ilmu.
    • Kafirlah orang yang menghalang sesuatu majlis ilmu diadakan.
    • Kelebihan mencari ilmu ialah  : -
              1.Pahalanya umpama 1000 rakaat solat.
              2.Didoakan oleh hidupan laut.
    • Ada 2 cara manusia menerima kitab amalan  : -
    • Tangan kanan dan kiri.
    • Orang yang menerima kitab amalan di tangan kanan huraiannya di dalam Surah Al-Haaqqah ayat 19 dan Surah Al-Israa' ayat 71.
    • Al-Haaqqah [19] Maka sesiapa yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka dia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): Nah! Bacalah kamu Kitab amalku ini!
    • Al-Israa [71] (Ingatlah) hari Kami menyeru tiap-tiap kumpulan manusia dengan nama imamnya; kemudian sesiapa diberikan Kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membacanya (dengan sukacita) dan mereka tidak dikurangkan (pahala amal-amalnya yang baik) sedikitpun.
    • Orang yang menerima kitab amalannya di tangan kiri dinyatakan di dalam Surah Al-Haaqqah ayat 25.
    • Haqqah [25] Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka dia akan berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan Kitab amalku.
    • Dunia ini diumpamakan syurga bagi orang-orang yang kafir,manakala neraka bagi orang-orang yang beriman dan mukmin.
    • Sewaktu di Padang Masyar nanti tiada siapa yang dapat membantu kita,kecuali amal kebaikan yang dilakukan oleh diri kita sendiri.
    • Seringan-ringan azab di neraka ialah memakai selipar/sepatu/kasut sahaja mampu menggelegakkan otak.Na'uzubillahiminzalik...
    • Allah S.W.T tidak melihat rupa paras,harta,kekayaan,pangkat dan darjat.Tetapi Allah melihat 'HATI' kamu...
           Sekian dari saya bagi perkongsian hari ini...
           

    Saturday, 19 May 2012


    4 Amalan yang Memadamkan 4 Api Di Dalam Kubur





    6 Hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan Cinta



    1. Barangsiapa ingin dicintai Allah dan rasulNya hendaklah dia berbicara benar (jujur), menepati amanat dan tidak mengganggu tetangganya. (HR. Al-Baihaqi)

    2. Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindunginya dari beban gangguan manusia. (HR. Ad-Dailami)

    3. Paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta karena Allah dan benci karena Allah. (HR. Ath-Thabrani)

    4. Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli (HR. Abu Dawud dan Ahmad)

    5. Cinta berkelanjutan (diwariskan) dan benci berkelanjutan (diwariskan). (HR. Bukhari)

    6. Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati bagaimana kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan kedudukan Allah pada dirinya. (HR. Al Hakim)






    13 Aurat pada wanita

    1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….
    3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
    4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
    5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
    6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
    7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
    8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
    9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
    Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
    10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
    Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
    11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
    Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
    Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
    12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
    Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
    Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
    13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Thursday, 17 May 2012


    12 Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W.

     1. Barli - baik untuk demam, ketika dihidangkan dalam bentuk sup. ia mrupakan penyejuk badan
     2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar(kurma), rumahnya seperti tiada makanan", ia juga baik dimakan ketika mengandung.
     3. Buah Tin - ia merupakan buah daripada syurga dan penawar bagi penyakit buasir.
     4. Anggur - Rasulullah S.A.W. sangat gemar akan anggur. Ia membersihkan darah, membekalkan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
     5. Madu - dianggap penawar terbaik bagi cirit-birit apabila dicampur dengan air panas. Ia digunakan untuk membangkitkan selera, menguatkan perut, menghapuskan kahak; sebagai pengawet daging, perapi rambut, penenang mata, dan pencuci mulut. Ia sangat berkhasiat digunakan pada waktu pagi bersama air suam.
     6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".
     7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan haba daripada hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk.
     8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata; ia juga bertindak sebagai kawalan kelahiran dan menahan daripada lumpuh.
     9. Minyak Zaitun - rawatan yang hebat bagi kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
     10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan jahat syaitan selama 40 hari.
     11. Cuka - makanan yang Rasulullah S.A.W. suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu di restoran elit di Itali)
     12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru".
     ***Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.
    Sesungguhnya Allah baik dan tidak mengabulkan (menerima) kecuali yang baik-baik. Allah menyuruh orang mukmin sebagaimana Dia menyuruh kepada para rasul, seperti firmanNya dalam surat Al Mukminun ayat 52: “Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan-makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal yang shaleh.” Allah juga berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” Kemudian Rasulullah menyebut seorang yang melakukan perjalanan jauh, rambutnya kusut dan wajahnya kotor penuh debu menadahkan tangannya ke langit seraya berseru: “Ya Robbku, Ya Robbku”, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia diberi makan dari yang haram pula. Jika begitu bagaimana Allah akan mengabulkan doanya? (HR. Muslim)...
    Kahwin muda itu adalah terbaik dan terindah



    Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu
    -solat apabila telah masuk waktunya,
    -jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan)
    dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

    Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

    1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

    Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

    2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

    Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

    Firman Allah:
    Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)


    3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

    Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus.
    Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang.

    Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.

    Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia.

    Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

    Sabda Rasulullah s.a.w:
    Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah
    -seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t,
    -seorang penulis yang selalu memberi penawar dan
    -seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)


    4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

    -Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la.
    -Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la.
    -Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la.

    Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik.

    Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

    Sabda Rasulullah s.a.w:
    Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
    Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)


    5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

    Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni.
    -Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
    -Bertanggungjawab sudahkah saya?
    -Adakah saya panas baran atau penyabar?
    -Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?

    Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri.

    Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.


    6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

    Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh.

    Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

    Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

    Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

    Rasulullah s.a.w bersabda:
    Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)